
Samir Nasri akan kembali menyertai Arsenal semula setelah mengalami kecederaan patah kaki ketika latihan pra-musim di Austria 4 bulan lepas.Sepertimana yang kita tahu,punca kecederaan adalah akibat pertembungan kaki dengan Abou Diaby.Samir Nasri mungkin akan terlepas perlawanan menentang Birmingham City dan AZ Alkmaar pada minggu depan kerana baru pulih dari kecederaan.
Kita mungkin dapat melihat aksi menarik Samir Nasri ketika Arsenal bertandang ke Upton Park 25 October nanti.Beliau tidak sabar untuk kembali menyertai skuad Arsenal bersama rakan-rakan skuadnya yang lain dan mungkin akan memainkan peranan penting dalam pertembungan menentang kelab West Ham nanti.
Samir Nasri juga turut melahirkan rasa gembira setelah kembali pulih dari kecederaan kakinya itu.Beliau juga meluahkan rasa gembira dengan formasi baru Arsenal 4-3-3 ini kerana formasi ini amat sesuai dengan corak permainan Arsenal yang lebih kepada menyerang dan formasi ini juga banyak membantu posisi baru Cesc Fabregas dengan bermain lebih bebas pada bahagian tengah midfield.
terbaikk..Nasri akan mengkucar kacir kn lwn..
ReplyDeletegandingan mantap dengan fabregas..
Yup..semakin byk la creative player nanti
ReplyDelete