Showing posts with label Bola sepak. Show all posts
Showing posts with label Bola sepak. Show all posts

Wednesday, 14 October 2009

New Zizou Kembali


Samir Nasri akan kembali menyertai Arsenal semula setelah mengalami kecederaan patah kaki ketika latihan pra-musim di Austria 4 bulan lepas.Sepertimana yang kita tahu,punca kecederaan adalah akibat pertembungan kaki dengan Abou Diaby.Samir Nasri mungkin akan terlepas perlawanan menentang Birmingham City dan AZ Alkmaar pada minggu depan kerana baru pulih dari kecederaan.

Kita mungkin dapat melihat aksi menarik Samir Nasri ketika Arsenal bertandang ke Upton Park 25 October nanti.Beliau tidak sabar untuk kembali menyertai skuad Arsenal bersama rakan-rakan skuadnya yang lain dan mungkin akan memainkan peranan penting dalam pertembungan menentang kelab West Ham nanti.

Samir Nasri juga turut melahirkan rasa gembira setelah kembali pulih dari kecederaan kakinya itu.Beliau juga meluahkan rasa gembira dengan formasi baru Arsenal 4-3-3 ini kerana formasi ini amat sesuai dengan corak permainan Arsenal yang lebih kepada menyerang dan formasi ini juga banyak membantu posisi baru Cesc Fabregas dengan bermain lebih bebas pada bahagian tengah midfield.

Tuesday, 13 October 2009

Channel 813


Bolasepak merupakan suatu sukan yang digilai ramai tidak kira lelaki atau pun wanita ( duduk rumah tgk cekerama cukuplah) pada masa kini. Sehubungan dengan itu, topik bola ini disentuh kerana minggu ini terdapat siaran perlawanan bolasepak EPL .Yeahh!!! Tak sabar aku nak tengok, setelah berkurun lamanya menunggu (padahal baru seminggu..haha ) Liga EPL ini. Tapi ada tercetus rasa sakit hati yang amat pasal perlawanan Arsenal menentang Birmingham City akan disiarkan secara tertunda pada pkl 2.30 pagi..gila mak enon..lambat norr..ingat Arsenal team ayam ke ? ni mesti pasal tunjuk game manchester united ni..ermm terpaksa la bersengkang mata tgk 2.30 pagi..woh!! Once a Gunner Always a Gunner